Header Ads

VIRAL
recent

Part Innotex. Part SEIKO.

Apple Mengumumkan watchOS 3 Fokus Kepada Aplikasi Health


Apple hari ini telah pun mengumumkan sistem operasi terkini untuk Apple Watch iaitu watchOS 3. watchOS 3 ini diumumkan oleh Kevin Lynch pada awal pagi Selasa yang akan menjanjikan penambahbaikan dari segi kelajuan aplikasi watchOS serta mengfokuskan kepada aplikasi 'Health'.

Melalui watchOS 3 membuka aplikasi kini lebih pantas berbanding versi sebelum ini. Selain itu, Apple turut memperkenalkan sokongan 'Dock' pada watchOS 3 yang mana ianya berfungsi seperti multitasking pada iOS membolehkan anda membuka aplikasi lain dengan lebih pantas serta turut memperkenalkan fungsi Control Center membolehkan pengguna mengubah tetapan seperti Airplane mode, Do not disturb dan sebagainya. 



Dari segi fitness, Apple telah pun memperkenalkan satu aplikasi baru dikenali sebagai Breathe. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengikut teknik penafasan berdasarkan aplikasi tersebut dan selepas selesai sesi pernafasan, aplikasi ini akan memaparkan kadar denyutan jantung secara terus melalui aplikasi Breathe. Apple turut mengumumkan yang mana melalui Activity Sharing, pengguna kini boleh berkongsi data Activity Sharing ini bersama keluarga serta rakan-rakan dan memberikan anda lebih motivasi untuk bersenam bersama rakan-rakan anda. 




Satu lagi fungsi baru yang diumumkan bersama watchOS 3 ini ialah fungsi SOS menerusi Apple Watch. Pengguna boleh membuat panggilan kecemasan dengan hanya hold butang pada bahagaian kanan Apple Watch. watchOS 3 Beta boleh dimuat turun oleh pembangun dan akan dilepaskan kepada umum sedikit masa lagi. Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Telegram untuk kemaskini terkini. 

Rujukan: 9to5mac.com
Powered by Blogger.