Header Ads

VIRAL
recent

Part Innotex. Part SEIKO.

Gajet Rosak Selepas Tempoh Warranty? Inilah Tempat Yang Harus Dicari

Gajet yang anda gunakan, sama ada iPhone, iPad, Android mahupun Microsoft Surface sekalipun, bukanlah immune pada kerosakan. Jika kerosakan berlaku semasa tempoh warranty, peranti anda boleh dihantar ke service center tetapi bukan semua masalah boleh diselesaikan di situ. Kes seperti skrin pecah atau gajet dimasuki air tidak dilindungi dalam tempoh warranty. Bagaimana pula jika gajet anda rosak selepas tempoh warranty? Adakah anda akan menghantar gajet tersebut pada kedai sebarangan yang belum tentu boleh dipercayai kredibilitinya? Jangan risau.

Kami disini juga adalah pengguna seperti anda. Gajet kami juga pernah dihantar ke beberapa pusat servis gajet yang terdapat di Malaysia. Berikut merupakan antara tempat yang kami percayai kredibilitinya dari segi kos, kualiti, dan servis yang disediakan:

XpertGadget



Mereka menyediakan servis repair gajet termasuk iPhone, iPad dan juga peranti Android dalam tempoh 30 minit sahaja.  Dengan harga yang berpatutan serta cawangan lokasi yang banyak termasuk Shah Alam, Negeri Sembilan, Johor Bahru dan Penang, XpertGadget merupakan antara pilihan yang terbaik.

Telefon: 03-55241361
WhatsApp: 013-2777377
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 10am - 10pm
Lokasi: Shah Alam, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Penang
Rujukan: Facebook

Asyraf HighTech



Mereka bukan sahaja pakar dalam membaiki gajet seperti iPhone, mereka juga menjual iPhone dan MacBook lengkap dengan servis penghantaran. Kami juga pernah menukar skrin di pusat servis mereka di Cyberjaya dan sangat berpuas hati dengannya. Asyraf HighTech menjadi pilihan kami untuk servis repair dan juga untuk membeli iPhone dan MacBook yang boleh dipercayai. Anda boleh follow Instagram Asyraf HighTech untuk melihat feedback pelanggan mereka.

Telefon/WhatsApp: 013-2660193
Hari: Isnin - Sabtu
Masa: 2pm - 2am
Lokasi: Cyberjaya
Rujukan: Instagram, Twitter, Facebook

The Good Guys Solutions



Satu-satunya pakar dalam membaikpulih segala jenis Mac, kami pernah menghantar MacBook Air di sini. Jangan terkejut untuk melihat pelbagai koleksi model lama Mac yang dicipta sejak era Steve Jobs lagi. Boleh dikatakan kedai mereka seakan muzium bagi produk Apple walaupun kecil. Jika anda mempunyai masalah dengan Mac anda dan tidak ingin menghantar ke service center rasmi Apple, kami cadangkan anda untuk cuba menghantar peranti anda di sini.

Telefon: 03-77337132
SMS: 016-2666612
Hari/Masa: Selasa - Jumaat (11am - 8pm), Sabtu dan Ahad (11am - 6pm)
Lokasi: Petaling Jaya
Rujukan: Facebook, Website

GFG (Global FIX Generation)



"Bos, hp sy xblh hidup tetiba... g kedai dekat2 rumah saya dorg cakap masalah board, g 2-3 kedai lain pun cakap masalah board... bro bole repairkan x? sebab dia keluar lambang bateri saja... itu masalh board atau masalah lain?"

Tukar bateri? Tukar button home? Masuk air? Hard brick? Pelbagai jenis masalah iPhone dan iPad yang anda hadapi boleh diservis di sini. Beroperasi hampir 5 tahun di Ampang, GFG menawarkan face to face repairing, anda tidak perlu risau tentang penukaran alat ganti dan tidak perlu menunggu lama.

Telefon: 03-42853019
WhatsApp: 013-4060008, 017-9772090, 013-4008300
Hari: Isnin - Ahad (ditutup Jumaat)
Masa: 11am - 11pm
Lokasi: Ampang, Perak
Rujukan: Facebook, Instagram

Mobile Heaven


Mereka bukan sahaja membaiki iPhone, malah turut menjual smartphone terpakai termasuk gajet Android serta aksesori. Cawangan Cheras, Setia Alam dan yang terbaru di Klang, Mobile Heavenz merupakan kedai alternatif yang kami percayai. Bukan sahaja masalah hardware, mereka juga turut menawarkan servis jailbreak bagi pengguna iPhone. Tukar kamera, button lock mahupun button mute, Mobile Heaven antara pilihan terbaik kami.

Telefon/WhatsApp: 010-2100007, 017-2946304
Hari: Isnin - Ahad (ditutup Jumaat)
Masa: 12pm - 10pm
Lokasi: Cheras, Setia Alam, Klang
Rujukan: Facebook, Instagram

Kesimpulan


Terdapat banyak lagi pusat servis gajet yang terdapat di Malaysia termasuk iPhoneFIX, tetapi ini adalah antara yang terbaik yang pernah kami sendiri cuba. Jika anda mempunyai cadangan berkenaan pusat servis gajet terbaik yang anda percaya, jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah atau tweet kami terus di @TwtTechMy dan kami akan mempertimbangkannya. Sebarkan dan sama-samalah kita membantu rakan yang lain untuk servis pembaikpulih gajet yang berkualiti dan berpatutan harganya.
Powered by Blogger.