Header Ads

VIRAL
recent

Part Innotex. Part SEIKO.

Cuba Pelbagai Jenis Senaman Pada Muscle Tertentu Dengan MuscleWiki



Kesihatan amatlah penting dan harus dititikberatkan oleh semua orang. Namun, tidak semua serasi dengan senaman sedia ada. Malah, sesetengah daripada kita cepat berasa bosan dengan rutin senaman yang sama lebih-lebih lagi untuk kumpulan otot tertentu. Walaubagaimanapun, jika anda ingin mecuba pelbagai jenis senaman untuk kumpulan otot tertentu pada badan, gunakan MuscleWiki. Ianya percuma, mudah dan dapat menyatakan anggaran macronutrien dan kalori yang boleh dibakar jika sesuatu senaman itu dibuat pada kumpulan otot tersebut.

Dengan antaramuka yang kemas, ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang baru berjinak dalam dunia kesihatan ini dengan amalan senaman yang unik tapi menarik. Dengan memaparkan kumpulan otot dalam grafik anatomi yang mudah dan jelas, pengguna hanya perlu klik pada kumpulan otot yang diingini dan sebuah halaman berasingan akan memaparkan pelbagai jenis senaman dalam bentuk gambar yang bergerak .GIF. Malah, pengguna juga dapat mengira kalori yang diperlukan berdasarkan sasaran tahap fitness anda. Menariknya MuscleWiki ini boleh mengira anggaran beban yang boleh diangkat dengan satu rep tanpa perlu menguji terlebih dahulu di gimnasium (berisiko tapi cool). Contohnya: jika anda inginkan senaman untuk bahagian chest, lihat gambar  berikut:



Namun begitu, laman web ini masih baru dan katalog senaman yang disediakan masih belum cukup seperti bodyweight exercise. Ia juga tidaklah begitu terperinci dan maklumatnya masih terhad. Tetapi ia cukup buat bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam penjagaan kesihatan dan fitness. Bagi mereka yang mahukan lebih lagi, laman web ExRx.net mempunyai maklumat yang lebih lengkap walaupun ia tidaklah mempunyai antaramuka yang menarik seperti MuscleWiki.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi MuscleWiki di App Store dan Google Play Store secara percuma.

Rujukan: Lifehacker
Powered by Blogger.