Serangan Ransomware Melalui Aplikasi Transmission BitTorrent Pada OS X

Bagi pengguna yang menggunakan sistem OS X, anda dinasihatkan untuk tidak memuat turun aplikasi Transmission melalui Mac App Store kerana aplikasi tersebut boleh menyebabkan serangan malware 'KeRanger' terhadap peranti anda. Syarikat sekuriti Paulo Alto Network memberitahu ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang mana sistem OS X yang dibangunkan oleh Apple diserang malware dalam bentuk Ransomware.
Ransomware adalah antara malware yang paling cepat tersebar dalam arena sekuriti cyber yang mana pengguna yang diserang dengan malware ini perlu membayar sejumlah wang kepada penggodam untuk mendapat kembali data pada peranti Mac mereka.
Pembangun aplikasi telah pun muncul dengan kemaskini 2.92 dan meminta pengguna yang diserang dengan malware tersebut mengemaskini aplikasi mereka dengan kadar segera.
Sumber: TheNextWeb